Kamis, 01 Desember 2011

KRISTAL HITAM DAN ???? (TAJUK TAK DAPAT LAGI) ^_^





KRISTAL HITAM


Kita tidak kisah dengan kritikkan orang pasal novel kita yang penting kita puas menulis. Kalau kita menulis untuk orang pun tidak boleh juga. Kita kena juga menulis untuk diri sendiri. Jadi pasal komen orang yang tidak memberangsang itu kita tolak tepi. Pada kitalah, menulis itu bukan sesuatu yang mudah macam melukis juga. Bukan senang penulis ingin hasilkan karya menjadi sebuah cerita yang menarik untuk tatapan pembaca. Pembaca ini ada pelbagai kategori. Apa pun harap pembaca jangan mudah menilai dan mengkritik yang menjatuhkan reputasi penulis itu. Nak kritik boleh tetapi bagilah kritikkan membina pada penulis. Kesian pada mereka. Kita ni pun pembaca juga, sudah masuk dalam kategori hantu novel. Pelbagai genre novel kita layan. Pada kita setiap penulis ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Okay jangan dok mengarut lagikan...Kita bagi sedikit Sinopsis Novel ini. ^_^ Cerita ini berkisarkan pada alam fantasi (konon-konon) Dalam dunia kegelapan lahir seorang putera dari keturunan ular hitam yang bencikan  peperangan. Kita letak nama putera hensem ini (hensem saja) Putera Adz seorang putera yang dingin seperti ais melarikan diri dari istana untuk menggembara ke dunia luar ditemani dengan ular tedung kesayangannya. Di dunia luar dia bertemu dengan ahli sihir jelita bernama Allure yang punya pelbagai tipu muslihat untuk mendapatkan kritas hitam yang tersimpan di dalam tubuh Putera Adz. Kristal Hitam bukan sahaja memberikan kekuasaan malah turut membawa kepada kemusnahan. Ketika nyawanya di hujung tanduk dia diselamatkan oleh gadis yang mahir dengan ilmu perubatan bernama Rys dari sebuah perkampungan terpencil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar