Kamis, 01 Desember 2011

MACAM-MACAM NOVEL CINTA

























            MUSIM BULAN CINTA

Ramai dok ternanti kisah novel ni...masih belum diletakkan dalam blog barunya. Tema blog baru pun ambil dari tajuk novel ini. Sabar ye...Insya-ALLAH malam ini akan masuk prolog dan bab 1 citer ni.
Kisah cinta yang penuh bermusim.

Dan ada berapa lokasi tempat yang kita buat research macam di Jepun, Taiwan dan Paris, kena cari tempat-tempat romantik gitu untuk novel ni. Cinta pun ada musim jugakkan. Cinta musim luruh, musim bunga, musim hujan dan musim panas. ^^

Kena berusaha keras ni nak menulis cinta romantis. Sudahlah kita bukan minah jiwang karat. Hohohoho...:)




ROMIE X JULIE

Kita dapat ilham buat novel ini lepas dengar lagu Romie dan Julie nyanyian dari kumpulan Febians. Kita memang suka benar dengan lagu tu dan selepas tengok satu filem hindustan di TV (Sudah lupa apa tajuknya. Yang kita tahu heronya Akshaye Khanna.) Pasal seorang wanita dan anaknya yang create satu persembahan teater 'Laila Majnun'. Pelbagai masalah dia lalui demi menjayakan teater musicalnya itu.

Sekarang dalam proses menyiapkan manuskrip novel untuk dihantar kepada penerbit. Kita paling suka menulis citer ni. Agak-agak Romie Izary dapat menundukkan Julie Esmelda dengan cintanya tak? Kalau siri asal Romeo And Juliet berakhir dengan tragis tetapi Romie X Julie adalah sebaliknya. Nak tahu kena ikuti siri novel ini. :)

SYHHHH...SWEEET!

Citer ni dah dimasukkan dalam blog sampai bab 2 dah. Alhamdulillah ada sambutan dari pembaca. Citer yang romantis de armor. Selalunya gadis yang menjadi penjual bunga kita terbalikkan pada lelaki pulak.

Gadis merah jambu...itu gelaran yang taukeh kedai bunga yang hensem bangat itu berikan pada gadis comel bernama Adreena (Adreena memang sukakan warna merah jambu) Adreena ni sedang cari cinta pertama dia masa umur 10 tahun. Orang dia suka itu pun taukeh kedai bunga jugak. Tapi tidaklah segarang Amreez. Dan Amreez ini pulak bukan jenis lelaki yang mudah didekati. Dia ada allergic sikit dengan perempuan.

DA BOMB!

Kita minat giler dengan filem 'GILA-GILA REMAJA' lakonan Faizal Hussein dan Rosyam Noor. Tak boleh lupa punyalah. So trylah karang citer ni tapi dengan genre remaja masa kini.

Kita selitkan kisah budak-budak remaja yang adakalanya tingkah-laku mereka di luar batasan dan tidak patut diikuti. Kita createkan watak Kojek (Kerry Izham) remaja yang yang terjebak dengan gejala tidak sihat antaranya vandalisme  hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis ayu bernama Tia (anak saudara kepada Cik Nur Hanum pensyarah yang dibuang dari kolej disebabkan oleh Kojek) yang selamba dan agak nakal. Tidak mudah untuk Kojek menangani Tia yang lebih licik dari dia. 

COKE AND SUNDAE II

Ramai yang pinta sambungan Coke and Sundae maka lahirlah Coke and Sundae II. Kali ini mereka sudah punya seorang anak. Syakir jadi bidan terjun semasa Azyan nak bersalin hohohoho....Pengolakkan berlaku dalam rumahtangga Syakir dan Azyan dengan kewujudan Katrina (Awek cun ala-ala Kareena Kapoor) yang tangkap cinta giler-giler dengan Syakir. Bila gajah-gajah (merujuk  pada Syakir dan Azyan) sama gajah berlaga pastinya pelanduk (Anak comel pasangan berkenaan - Ameerul) yang jadi mangsa. Ameerul tidak tahu nak ikut si ibu atau si ayah. Dia buat pilihan terakhir ikut si ibu sebab dia rasa kegatalan terletak pada si ayah. Sudah jadi satu hal pada Syakir nak memujuk si ibu dan si anak sekaligus. Parah pulak bila nak berdepan dengan Mejar Idris dan kedua abang Azyan. Tak boleh tahan si Katrina pula sanggup nak jadi bini no-2 Syakir dan minta mak bapak dia meminang Syakir. Terbalik pulak. :) Azyan sudah sah-sah tak nak bermadu. Masalah ni Syakir yang buat sendiri so pandai-pandailah tanggung sorang ye! Tapi percayalah cinta Doktor Cicak Kobeng hanya untuk Gorilla Comel.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar