Tampilkan postingan dengan label novel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label novel. Tampilkan semua postingan

Kamis, 24 November 2011

Manisnya Cinta

Manisnya Cinta
enlarge
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah! Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini? Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Mukjizat cinta


SALAM BAHASA DAN SASTRA!
kali ini kami akan sedikit mengupas sinopsis sebuah novel oleh:
Muhammad Masykur AR Said. beliau adalah salah satu penulis best seller. yaitu novel yang berjudul “MUKJIZAT CINTA”.
SELAMAT MEMBACA!
Novel religius ini menghadirkan orang-orang yang memilih hidup dengan hanya berpegang-teguh pada kebersihan hati dan cinta sejati yang tak berbatas dan tak mem-butakan. Rupanya, di atas prinsip itu, mereka menemukan kekuatan luar biasa yang mampu menentramkan jiwa mereka. Inilah yang mereka sebut Mukjizat Cinta. Lalu, bagaimana dengan Anda? Sudahkah Anda hidup dengan prinsip tersebut…?
“Aku mencintaimu bukan karena kamu tidak mempunyai kekurangan. Untuk men-dapatkanmu, aku rela mengorbankan kehidupan dan cita-citaku, karena aku tahu hanya bila bersamamulah akan lahir kehidupan baru dan cita-cita baru yang lebih mulia dan menentramkan jiwa…” kata Syamsul kepada Fatmah.Novel religius ini menghadirkan orang-orang yang memilih hidup dengan hanya berpegang teguh pada kebersihan hati dan cinta sejati yang tak terbatas dan membutakan. Rupanya, di atas prinsip itu, mereka menemukan kekuatan luar biasa yang mampu menenteramkan jiwa mereka. Inilah yang disebut Mukjizat Cinta, bagaimana dengan anda? Sudahkah anda hidup dengan prinsip tersebut?
Mukjizat Cinta, mungkin judulnya terlalu sakral bagi saya sehingga perlu ada penafsiran akan maknanya. Jika novel seperti Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih menjadikan Mesir sebagai landskap novel. Tetapi, novel ini menggunakan landskap yang berbeza iaitu Kalimantan-Malaysia-Mesir. Tidak kalah seperti novel lainnya, novel ini juga berjaya memberikan gambaran setting dan lahan tempat yang diceritakan. Tempat-tempat serta peristiwa yang diceritakan seperti terpampang di depan mata, tanpa mengurangi fakta adanya.
Novel ini merilis kisah tentang perjalanan seorang musafir yang menyahut panggilan sahabatnya yang berada di Kalimantan. Sahabat baiknya tika di belajar di Mesir. Perjalanannya ke Kalimantan, dan setelah itu dia terpaksa dan harus ke Malaysia, demi untuk menjalankan amanah sahabatnya yang berada dalam tenat, akibat tragedi yang menimpa. Tragedi hati dan jiwa yang lara. Setelah terpaut dengan cinta dan janji, namun akhirnya harus tunduk dengan ketentuan keluarga dan takdir ilahi. Pasrah adalah jawapannya, sabar adalah bingkainya. Manakala kehidupan harus diteruskan, walau tidak sesempurna yang diharapkan.
Sekali lagi, cinta menjadi bahan aneka yang dirungkai dalam bentuk yang misteri dan membingkai maksud mukjizat cinta. Siapa sangka, orang yang kita cintai nantinya akan menikah dengan sahabat baik kita, dan isteri yang pada awalnya tidak didasari cinta pernikahan itu, malah justeru cinta tumbuh dan membenih lalu mengakar di lautan hati manusia. Pernah baca novel “Pudarnya Pesona Cleopatra”? jika belum, saya sarankan bagi yang mempunyai hasrat menikah dengan susuk jelita dan tampan agar membacanya, dan saya akan cuba menulis resensinya kelak. Tapi, bagi yang usai membacanya, maka alur ceritanya seakan-akan mirip dalam kehidupan yang menimpa Syamsul kepada Isterinya. Cuma masih berbeza dari sudut olahannya.
Akhirnya, cinta yang berstatus dendam lalu bersemi di pelupuk air mata, dan membanjiri kota dengan kasih sayang. Khidupan penuh dengan citra cinta dan kasih sayang, bersatu dalam Arti Mukjizat Cinta.

Novel Cinta Seusia Dunia

 


Ini ialah contoh rekabentuk novel cinta yang bakal diterbitkan oleh PTS. Memandangkan PTSgrafik dikehendaki menghasilkan sentuhan kuasa cinta pada ‘cover’ novel-novel ini, maka PTSgrafik mengambil inisiatif untuk mencari ‘feel’ cinta itu sendiri bagi diadaptasikan pada hasil kerja yang dikehendaki.
Antara inisiatif itu ialah terpaksa mengenang semula cinta-cinta semasa zaman cinta monyet,cinta ‘suka-suki’, cinta muda-mudi sehinggalah ke cinta abadi(cewah!) Selain itu, Hisham pula yang berasa rendah diri dengan kisah cintanya yang tidak sehebat kisah cinta Bai, terpaksa mengambil alternatif membuat kajian ke atas drama-drama yang bertemakan cinta. Kajian dilakukan ke atas beberapa filem cinta agung antaranya filem melayu seperti Sembilu dan Sabarudin Tukang Kasut, filem korea seperti Winter Sonata serta tidak ketinggalan filem hindustan yg sememangnya wajib bertemakan cinta iaitu Kuch-Kuch Hota Hai dan beberapa filem lain yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dengan jayanya. Kebanyakan koleksi filem-filem yang dinyatakan adalah DVD hak milik Iwan. Zaidi pula pada awalnya sedikit berkira meminjamkan koleksi filem Shah Rukh Khan nya namun akhirnya beralah kerana bimbang dengan ugutan Hisham yang ala-ala Om Puri.
Bagi memantapkan lagi ‘feel’ cinta itu, PTSGrafik juga giat mendengar lagu-lagu cinta ‘evergreen’ seperti lagu Nak Dara Rindu dan Tanya Sama Pokok dari zaman Allayarham P.Ramlee, lagu Kerana Kau dari zaman Alleycats, lagu Munajat Cinta dari kumpulan The Rock (kira muzik kumpulan ni pilihan masa kinilah) serta beberapa lagu ‘masyuk’ yang lain. Oleh itu, anda jangan berasa pelik apabila terdengar ayat-ayat cinta puitis mahupun lagu-lagu meruntun jiwa di bilik PTSgrafik kerana PTSgrafik sememangnya dalam mood bercinta bagi mencari kelainan dan menjayakan penghasilan karya ‘cover’ buku yang terbaik. Rasakan penangan cinta PTSgrafik melalui hasil karya ‘cover’terbitan PTS!
Oleh: Shiela (Uitm Practical Student)